TAWAU, 30 Nov -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini menyampaikan bantuan pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 kepada Amnah Moktar, 52, seorang ibu yang kehilangan anak lelaki 10 hari lepas, yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.
Ketua Pejabat Perkeso Tawau Joseph Immanuel berkata selain itu Amnah akan menerima faedah pencen penakat seumur hidup, yang nilainya berdasarkan 50 peratus daripada gaji akhir anaknya, Zainol Jemihin, 39 tahun.
"Memandangkan arwah Zainol masih bujang, maka ibunya akan menerima bayaran faedah ini setiap bulan," katanya ketika ditemui Bernama.
Zainol merupakan kakitangan Pejabat Pos Tawau sehingga 2013, apabila dia terpaksa berhenti kerja kerana kerap mengalami kesakitan pada kaki kesan kemalangan jalan raya pada tahun sebelumnya.
Arwah kemudiannya menampung hidup dengan mengadakan kelas tuisyen kepada pelajar di taman perumahan kawasan kediamannya.
Joseph berkata Perkeso yang prihatin terhadap kebajikan semua pencarum yang ditimpa musibah, sentiasa bersedia memberi bantuan, dan menurutnya setakat ini Perkeso telah membantu dua keluarga waris mangsa COVID-19 di Tawau.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta