Isnin, 18 Januari 2021

158,434

Jumlah kes

3,339

Kes baharu

120,051

Jumlah discaj

601

Jumlah kematian
7 Kes terbaharu
17 JAN 2021 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
28/11/2020 10:29 PM

Oleh Linda Khoo

BANGKOK, 28 Nov  -- Wanita warga Thailand yang baru pulang dari Myanmar dan tidak menjalani kuarantin wajib adalah antara lima kes baharu positif COVID-19 di Thailand yang dilaporkan hari ini.

Perkembangan terbaharu itu  menjadikan jumlah terkumpul jangkitan virus tersebut di negara ini  sebanyak 3,966 kes setakat ini, kata Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit  Dr Sophon Iamsirithawon.

Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata wanita berusia 29 tahun itu yang bergejala termasuk mengalami demam dan cirit-birit, tiba di Mae Sai, Chiang Rai melalui sempadan darat sebelum menaiki bas awam ke Chiang Mai pada Selasa.

Menurut Dr Sophon, wanita itu yang ingkar arahan kuarantin wajib 14 hari, bertindak mengunjungi pusat beli-belah, pawagam, restoran dan sebuah pusat hiburan selain menggunakan pengangkutan awam dan perkhidmatan e-hailang di Chiang Mai, sebelum mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta pada Khamis apabila hilang deria bau.

Wanita itu diuji positif pada hari sama dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Chiang Mai sementara usaha mengesan kontak sedang diperhebat pihak berkuasa, katanya.

Menurut Pejabat Kesihatan Awam Chiang Mai, sekurang-kurangnya 326 individu dikesan berkemungkinan mempunyai kontak dengan pesakit tersebut termasuk 105 orang yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Dr Sophon berkata empat lagi kes baharu COVID-19 merangkumi dua orang yang tiba dari India serta masing-masing seorang dari Filipina dan Sweden.

Jumlah kematian akibat COVID-19 di Thailand kekal 60 kes.

Dalam perkembangan berkaitan, Thailand telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal British-Sweden, AstraZeneca Plc, untuk memperoleh 26 juta dos vaksin COVID-19 berpotensi bagi melaksanakan pemvaksinan ke atas 13 juta rakyatnya.

Perjanjian itu ditandatangani semalam.

Vaksin itu yang dibangunkan oleh AstraZeneca dan Universiti Oxford dilapor menunjukkan antara 70 dan 90 peratus keberkesanan.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan