COVID-19

PKPB: Sabah benarkan busking di dalam bangunan

27/11/2020 10:05 PM

KOTA KINABALU, 27 Nov -- Kerajaan Negeri Sabah membenarkan “busking” atau persembahan muzik jalanan dilakukan di lokasi tertutup atau dalam bangunan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebelum ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Bagaimanapun, Masidi berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa aktiviti itu hanya boleh diadakan dengan kawalan masa persembahan dan jumlah penonton ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, Masidi berkata, Sabah mencatatkan kadar pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sebanyak 97.9 peratus dengan tiga daerah merekodkan kadar pematuhan tertinggi iaitu Kinabatangan,  Sipitang dan Kota Belud.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk terus memberi kerjasama dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi SOP termasuk mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk segera menjalani ujian saringan sekiranya mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif COVID-19, katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan