BERITA COVID–19   Malaysia-Australia jalin kerjasama tangani impak COVID-19 | COVID: Jumlah kes baharu 3,680, tujuh lagi kematian - KP Kesihatan | JAIS benarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan kendali akad nikah melalui sidang video | COVID-19: Thailand kerja keras sekat penularan COVID-19 di wilayah Samut Sakhon | Sindiket pemalsuan slip saringan COVID-19 didalangi warga Pakistan tumpas | 
COVID-19

COVID-19: Jabil Plant 1 P. Pinang henti operasi sementara

27/11/2020 09:52 PM

GEORGE TOWN, 27 Nov -- Kilang pembuatan Jabil Pulau Pinang telah menghentikan sementara operasinya di Plant 1 di Hilir Sungai Keluang 1, Bayan Lepas, susulan penilaian COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada 25 Nov.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata semua kilang Jabil lain di Pulau Pinang masih terus beroperasi.

Penyedia penyelesaian pembuatan itu mula menjalani ujian swab pada 18 Nov dan setakat 25 Nov, lebih 2,000 pekerja Jabil telah diuji dengan 21 disahkan positif COVID-19.  

“Jabil mematuhi semua langkah pencegahan yang diperlukan dan bekerjasama dengan KKM, pegawai kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk mengikuti protokol,” katanya.

Menurut kenyataan itu, tapak tersebut akan terus melaksanakan protokol  Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan  (EHS) syarikat, yang termasuk protokol sanitasi bangunan yang dipertingkatkan, meningkatkan keperluan dan alat kebersihan diri serta akses terhad ke Plant 1 semasa penggantungan.

“Jabil akan terus memantau situasi itu dan akan menyalurkan perkembangan semasa kepada media,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan