COVID-19

PKPD di SABK Maahad Al-Yahyawiah disambung dua minggu lagi

22/11/2020 10:52 PM

KUALA KANGSAR, 22 Nov -- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiyah di Padang Rengas yang tamat semalam dilanjutkan dua minggu lagi, berkuat kuasa hari ini sehingga 5 Dis depan. 

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata surat penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk PKPD di premis itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. 

"Penugasan polis di kawasan PKPD itu berjalan macam biasa dengan mengekalkan dua sekatan jalan raya di laluan masuk dan keluar sekolah berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 7 Nov lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD selama dua minggu di sekolah itu bermula pada 8 sehingga 21 Nov selepas Kementerian Kesihatan merekodkan 27 kes positif wabak COVID-19 setakat 5 Nov. 

Setakat 12 tengah hari ini, sebanyak 55 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di Perak dengan menjadikan kes semasa bagi tempoh 9 hingga 22 Nov sebanyak 508 kes. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan