BERITA COVID–19   Sabah lanjut PKP 3.0 hingga 28 Jun | COVID: Malaysia sekali lagi catat kes sembuh tertinggi dengan 8,334 kes | PKPD dilaksana di sembilan lokaliti termasuk tujuh di Sabah mulai Isnin ini - Ismail Sabri | COVID: Dua kluster libatkan Hari Gawai dikesan di Sarawak - JPBN | COVID-19: Afghanistan tutup semua institusi pendidikan susulan peningkatan kes, kematian  | 
COVID-19

244 kenderaan untuk bantuan logistik COVID-19 - Masidi

22/11/2020 09:30 PM

KOTA KINABALU, 22 Nov -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah mempunyai 244 kenderaan yang sedia untuk digunakan bagi tujuan bantuan logistik COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang merupakan jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata daripada jumlah itu, 63 kenderaan digunakan untuk membawa pesakit COVID-19, manakala 12 kenderaan bagi menghantar bakul makanan ke lokasi sasaran.

“Baki 169 kenderaan pelbagai jenis bersedia digerakkan jika perlu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Masidi berkata kerajaan negeri telah mengagihkan 208,341 bantuan bakul makanan kepada golongan sasar di seluruh daerah, setakat ini.

Sementara itu, Masidi berkata rakyat Sabah dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan dengan kadar segera sekiranya mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif COVID-19.

Kerjasama semua pihak amat penting bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian, katanya.

Mengulas perkembangan wabak itu di Sabah, Masidi berkata 311 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini dan tiga kematian dilaporkan masing-masing di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan