Sabtu, 28 November 2020

63,176

Jumlah kes

1,315

Kes baharu

51,314

Jumlah discaj

354

Jumlah kematian
4 Kes terbaharu
28 NOV 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
22/11/2020 04:02 PM

KUALA LUMPUR, 22 Nov -- AirAsia menerima pengiktirafan tujuh bintang teratas bagi setiap syarikat penerbangan dalam kumpulannya daripada pakar keselamatan industri penerbangan, Airlineratings.com, atas pelaksanaan pelbagai inovasi industri yang menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat dengan ciri-ciri tanpa sentuhan.

Menurut kenyataan AirAsia hari ini, syarikat penerbangan dinilai berdasarkan tujuh kriteria seperti yang dinyatakan dalam laman web Airlineratings.com.

Ia merangkumi maklumat menyeluruh mengenai prosedur COVID-19 di laman web, pemakaian pelitup muka, pemakaian peralatan perlindungan diri oleh anak kapal, perkhidmatan hidangan dalam penerbangan yang diubah suai, pembersihan pesawat berkala, kit pensanitasi peribadi dan penjarakan fizikal dalam penerbangan.

Ketua Pengarang Airlineratings.com, Geoffrey Thomas berkata pihaknya bimbang apabila mendapat tahu terdapat syarikat penerbangan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard COVID-19 yang dipersetujui untuk melindungi para penumpang dan anak kapal.

“Kini keadaan telah berubah dan pasukan kami akan meninjau pematuhan operasi pada setiap minggu. AirAsia adalah antara syarikat penerbangan pertama yang melaksanakan semua cadangan secara agresif,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Beliau berkata penilaian ini dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengikut garis panduan keselamatan serantau dan antarabangsa.

Awal minggu ini, AirAsia melancarkan inovasi terbaru, Scan2Fly, teknologi terkemuka industri bagi menentukan kelayakan para penumpang untuk terbang sebelum mereka tiba di lapangan terbang, termasuk pengesahan masa nyata bagi dokumen kesihatan.

Pada masa yang sama, AirAsia turut mengumumkan beberapa peningkatan perkhidmatan meliputi perkhidmatan d aftar masuk beg automatik, teknologi pemeriksaan suhu mudah alih serta teknologi pengecaman wajah biometrik F.A.C.E.S. (Fast Airport Clearance Experience System) -- sistem pengecaman wajah tanpa sentuhan.

-- BERNAMA

 

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan