Sabtu, 28 November 2020

61,861

Jumlah kes

1,109

Kes baharu

50,204

Jumlah discaj

350

Jumlah kematian
2 Kes terbaharu
27 NOV 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
21/11/2020 10:19 PM

YALA, 21 Nov -- Tiga beradik warga Malaysia yang berumur lingkungan 3 hingga 11 tahun terkandas selama lapan bulan di Thailand apabila sempadan Thailand-Malaysia ditutup sejak 18 Mac lepas dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

Perkara itu berlaku selepas Muhammad Adam Danel Mohd Rozi, 11, Muhammad Arash Raihan, 7, dan Muhammad Muhaimin Putra, 3, mengikut ibu mereka Sakina Museh, 38, yang merupakan seorang warga Thailand, memasuki negara tersebut untuk memperbaharui visa di Yala pada 16 Mac. 

Sakina berkata ketiga-tiga anaknya terpaksa mengikut beliau balik ke Thailand kerana tiada orang menjaga mereka di Malaysia. 

“Suami saya (Mohd Rozi Ab Rahman) telah meninggal dunia pada September tahun lepas akibat kanser.

“Disebabkan keadaan terdesak, saya terpaksa membawa ketiga-tiga mereka balik (tanpa dokumen yang sah) ketika itu kerana tiada orang menjaga mereka,” katanya.

Beliau berkata dua hari kemudian, kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Pergerakan Kawalan dan bertindak menutup pintu sempadan bermula 18 Mac.

Selain itu, Sakina berkata kos memasuki semula Malaysia bagi mereka agak tinggi kerana terpaksa menanggung kos menjalani kuarantin selama 14 hari dan ujian pengesanan COVID-19.

“Saya berharap kerajaan Malaysia dan Thailand sedia membantu kami untuk pulang ke Malaysia.

“Kami sudah tinggal sehelai sepinggang,” kata penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor itu.

Beliau juga berkata anak-anaknya sudah beberapa kali bertanya bila boleh balik ke Malaysia kerana ingin meneruskan persekolahan mereka.

Sementara itu, Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla sedang berusaha membantu ketiga-tiga beradik dan ibu mereka pulang ke negara ini. 

-- BERNAMA 

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan