COVID-19

Pecca sahkan seorang pekerja positif COVID-19

19/11/2020 05:45 PM

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Unit milik penuh Pecca Group Bhd, Pecca Leather Sdn Bhd (PLSB), mengesahkan salah seorang pekerjanya telah diuji positif COVID-19.

Syarikat berkenaan telah menutup operasi pengeluaran bermula 17 Nov dan mengarahkan semua pekerja pejabat untuk bekerja dari rumah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Pecca, yang mengkhusus dalam pembuatan bahagian dalaman tempat duduk kulit automotif berkata, pengaturan telah dibuat untuk pekerja itu mendapatkan rawatan perubatan di hospital kerajaan.  

 “Kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan pekerja tersebut sedang kuarantin kendiri di tempat yang telah ditetapkan,” katanya.

Ia berkata PLSB telah mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan, seperti menjalankan ujian COVID-19 ke atas semua pekerja asrama, pekerja operasi, kakitangan pejabat dan pengawal keselamatan pada 17 Nov.

“Pada masa ini, kami sedang menunggu keputusan tambahan daripada ujian yang dijalankan dan akan memberi maklumat terkini yang sewajarnya,” katanya.

Ia menambah syarikat akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan memberikan maklumat terkini mengenai jangkaan penyambungan semula operasi pengeluaran seperti dinasihatkan oleh KKM.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan