BERITA COVID–19   Perkhidmatan Perpustakaan Negara dibuka semula Selasa ini | COVID: Sarawak catat 361 kes baharu - JPBN | COVID-19: Thailand catat 54 kes baharu, satu kematian | COVID: Kes baharu meningkat kepada 2,063 hari ini | Individu masuki Sabah, Sarawak, Labuan perlu jalani ujian calitan COVID | 
COVID-19

MAIK arah adakan solat hajat selama 40 malam

17/11/2020 07:49 PM

KOTA BHARU, 17 Nov -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan masjid negeri, bandar, jajahan serta mukim di seluruh Kelantan mengadakan solat hajat, bacaan surah Yasin dan doa selamat selama 40 malam bermula hari ini.

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dalam kenyatan berkata pendekatan itu berikutan berlakunya peningkatan jumlah kes COVID-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan akhir-akhir ini.

Beliau berkata, perkara itu turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang juga selaku ketua agama Islam negeri.

“Bagaimanapun, arahan berkenaan dikecualikan kepada masjid yang terletak di kawasan-kawasan yang disahkan terdapat kluster COVID-19. Selain itu majlis akad nikah yang diadakan di masjid-masjid hanya dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi 20 orang sahaja,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan