COVID-19

COVID-19: TPS Taman Free School Pulau Pinang diarah tutup - Exco

14/11/2020 12:52 PM

GEORGE TOWN, 14 Nov -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan penutupan Tapak Penjaja Sementara (TPS) Taman Free School di sini bermula 4 petang Jumaat sehingga 27 Nov ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata penutupan tersebut bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja mencegah penularan penyakit berjangkit berikutan terdapatnya kes positif COVID-19 dalam kalangan peniaga.

“Kalau ada kes dan maklumat tentang COVID-19, kami selalu berpandukan maklumat daripada KKM. Sekiranya mereka rasa perlu untuk kawasan ini ditutup, kami perlu akur dan bantu untuk mencegah penyebaran penyakit,” katanya kepada pemberita ketika meninjau kawasan terbabit di sini hari ini.

Beliau berkata TPS Taman Free School menempatkan 136 gerai dan penutupannya akan menjejaskan 68 peniaga.

Terdahulu, Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat turut menyampaikan bantuan barang-barang keperluan asas dan 10,000 keping pelitup muka kepada 300 penduduk di Taman Free School selepas melakukan tinjauan di kawasan tersebut.

Beliau berkata sehingga Nov 13, sebanyak 13,408 ujian saringan telah dijalankan di Pulau Pinang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan