Sabtu, 28 November 2020

63,176

Jumlah kes

1,315

Kes baharu

51,314

Jumlah discaj

354

Jumlah kematian
4 Kes terbaharu
28 NOV 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
01/11/2020 04:53 PM

KUALA LUMPUR, 1 Nov -- Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menaruh harapan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat menyalurkan dana tambahan untuk tujuan vaksin dan suplemen bagi memastikan tahap imunisasi atlet para dalam keadaan terbaik termasuk usaha mencegah COVID-19.

Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin menegaskan atlet para memerlukan penjagaan kesihatan yang lebih rapi bagi memastikan mereka dapat mengekalkan prestasi terbaik. 

“Atlet para ini, mereka lebih sensitif dari segi kesihatan dan kos untuk perubatan agak tinggi. Jadi duit kena beri lebih sikit supaya kita boleh beli Vitamin C atau ubat-ubatan lain untuk kuatkan imunisasi badan mereka.

“Mereka perlu jaga ketahanan diri lebih daripada orang normal, sebab itu kita kena beri mereka suplemen tambahan. Saya sendiri galakkan mereka makan makanan seimbang, ambil vitamin tambahan dan banyak makan buah supaya mereka tidak mudah sakit. 

“Tahap imunisasi dan ketahanan diri mereka (orang kurang upaya-OKU) berlainan dengan orang normal. Mereka perlu diberikan lebih perhatian, lebih-lebih ketika penularan COVID-19 pada masa ini,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Dalam perkembangan lain, MPM memohon agar pemberian dana kepada KBS dalam Belanjawan 2021 dapat disalurkan terus kepada badan induk sukan para kebangsaan itu dan bukannya melalui Majlis Sukan Negara (MSN).

Megat D Shahriman mendakwa badan induk sukan para itu tidak mendapat hak yang setimpal dengan pencapaian mereka apabila sentiasa berada dalam keadaan kekurangan dana. 

“Sukan para sentiasa mengharumkan nama negara dengan pelbagai kejayaan dan prestasi cemerlang tapi saya rasa kami tidak mendapat layanan yang setaraf dengan apa telah dilakukan,” katanya. 

Megat D Shahriman turut mendedahkan pihaknya telah menghantar dua surat memohon peruntukan sebanyak RM3 juta kepada KBS sejak beliau memegang tampuk kepimpinan MPM pada akhir 2019, namun sehingga kini masih belum menerima sebarang respons. 

Katanya, atlet para telah membuktikan keupayaan mereka mengharumkan nama negara, dan beliau percaya sekiranya pemberian dana kepada badan induk itu mencukupi, sudah pasti atlet para akan dapat terus menaikkan nama Malaysia di pentas sukan antarabangsa.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan