COVID-19

COVID-19: SK Kampung Jambu, Taiping ditutup seminggu mulai esok

29/10/2020 05:44 PM

TAIPING, 29 Okt  -- Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jambu di sini ditutup selama seminggu mulai esok akibat kes jangkitan COVID-19.

Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata sekolah itu akan dibuka semula pada 9 Nov depan selepas cuti umum sempena sambutan ulang tahun hari keputeraaan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada 6 Nov serta cuti hujung minggu yang jatuh pada 7 dan 8 Nov.

"Penutupan (selama seminggu) sekolah itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arahan terbaharu itu menjadikan sejumlah empat sekolah di Perak ditutup setakat ini setelah terdapat jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan kakitangannya.

Ia turut melibatkan SK Abu Bakar Al-Baqir di Bagan Serai, Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru di Parit Buntar dan SK Haji Hasan, Changkat Petai, Tapah Road di Tapah.

Mohd Suhaimi berkata pentadbir sekolah diarah memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah sepanjang tempoh penutupan itu.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan