Selasa, 24 November 2020

56,659

Jumlah kes

1,884

Kes baharu

42,480

Jumlah discaj

337

Jumlah kematian
2 Kes terbaharu
23 NOV 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
27/10/2020 10:37 PM

KUALA LUMPUR, 27 Okt -- Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa esok di Plaza Hentian Kajang, dekat sini, beberapa laluan perkhidmatan bas di bawah kendalian Rapid KL akan dialihkan.

Rapid KL dalam kenyataan hari ini menyatakan laluan yang terlibat adalah Rapid KL laluan 450, Bas Smart Selangor bagi laluan KJ01 dan KJ04, serta laluan Bas Perantara MRT T464.

“Bagi perkhidmatan Rapid KL laluan 450 dari Hab Lebuh Pudu, laluan akan berakhir di Stesen MRT Kajang. Para penumpang boleh naik atau turun di Stesen MRT Kajang dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan perkhidmatan alternatif.

“Bagi perkhidmatan Smart Selangor laluan KJ01 ke Bandar Kajang dan KJ04 ke Presint 3, Putrajaya, laluan-laluan tersebut akan dialihkan dan memulakan operasi dari Stesen MRT Stadium Kajang,” katanya. 

Menurut kenyataan itu, bagi perkhidmatan Bas Perantara MRT laluan T464 dari Teras Jernang ke Stesen MRT Kajang, juga tidak akan melalui Plaza Hentian Kajang. 

“Sehubungan itu, Rapid KL ingin mengingatkan para penumpang untuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang terbaik, memakai pelitup muka serta mengamalkan kawalan kendiri.

“Dalam memainkan peranan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 terhadap pelanggan dan kakitangan Rapid Bus, pelbagai langkah-langkah telah diambil menurut prosedur operasi standard seperti disinfeksi dalaman bas setelah tamat perkhidmatan, penjejakan kontak menggunakan kod QR dan saringan kesihatan kapten bas sebelum memulakan tugas,” katanya.

Kerajaan hari ini memutuskan untuk melaksanakan PKPD selama 14 hari melibatkan kawasan Flat Sungai Emas dan Plaza Hentian Kajang di Selangor berkuat kuasa 28 Okt ini hingga 10 Nov depan. 

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan