Selasa, 24 November 2020

56,659

Jumlah kes

1,884

Kes baharu

42,480

Jumlah discaj

337

Jumlah kematian
2 Kes terbaharu
23 NOV 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
27/10/2020 10:03 PM

KUALA LUMPUR, 27 Okt -- Ahli-ahli Bersatu dari semua peringkat pimpinan serta akar umbi akan memberikan sokongan dan kepercayaan teguh kepada barisan kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN), dalam menangani cabaran pandemik COVID-19.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata barisan kepimpinan kerajaan PN hari ini harus diberikan ruang untuk fokus bekerja melindungi dan meringankan beban rakyat yang terjejas akibat penularan wabak ini.

“Bersatu menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang jelas mengabsahkan keupayaan dan kemampuan kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengawal penularan COVID-19 dalam negara.

“Bersatu juga menyeru semua pihak menjunjung tinggi dan patuh kepada titah Seri Paduka Baginda untuk menghentikan sebarang percaturan politik yang boleh menggugat kestabilan pentadbiran negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahad lalu, Al-Sultan Abdullah bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Baginda bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan