COVID-19

KKM dan ATM buka hospital sementara di Penjara Pokok Sena

17/10/2020 04:06 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt -- Sebuah hospital sementara dibuka dalam Penjara Pokok Sena, Kedah bagi merawat pesakit COVID-19 termasuk menempatkan pesakit dari penjara di sekitar Kedah.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba berkata dua blok bangunan bengkel sedia ada dalam kawasan penjara itu sedang ditukar fungsi untuk dijadikan kemudahan sementara bagi tujuan berkenaan.

"Ia termasuk (mereka) yang memerlukan bantuan oksigen, selain mampu menempatkan sehingga 250 orang jika perlu. Kemudahan ini juga boleh menempatkan pesakit dari penjara-penjara di sekitar Kedah," katanya  dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Memperincikan lanjut, Dr Adham berkata hospital sementara yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada Selasa ini lengkap dengan kemudahan kategori tiga dan kategori empat iaitu mempunyai kemudahan Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit yang memerlukan bantuan oksigen, sebelum dihantar ke Hospital Sultanah  Bahiyah, Alor Setar. 

Hospital berkenaan adalah hasil kerjasama strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas kejayaan mewujudkan hospital medan di Tawau, Sabah.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan