Ahad, 25 Oktober 2020

25,742

Jumlah kes

1,228

Kes baharu

16,555

Jumlah discaj

221

Jumlah kematian
7 Kes terbaharu
24 OKT 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
16/10/2020 11:40 PM

GEORGE TOWN, 16 Okt  -- Kerajaan Pulau Pinang meluluskan peruntukan berjumlah RM115,984 sebagai bantuan bekalan makanan dan minuman kepada kakitangan Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang serta pasukan keselamatan lain yang bertugas di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ia meliputi penyediaan makanan dan minuman kepada kakitangan bertugas serta bakul makanan kepada keluarga kakitangan Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang.

"Peruntukan ini meliputi bakul makanan masing-masing bernilai RM100 kepada keluarga kakitangan Jabatan Penjara Pulau Pinang dan Pengkalan Perubatan kepada petugas-petugas perubatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penjara reman dan kuarters kediaman di daerah Timur Laut, Pulau Pinang dikenakan PKPD berkuat kuasa semalam (15 Okt) membabitkan 2,306 banduan, 304 petugas dan keluarga di kuarters kediaman. Turut terbabit 220 kakitangan penjara yang tidak menetap di dalam kuarters.

Dalam pada itu, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail berkata semua ahli keluarga kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang yang tinggal di kuarters berkenaan akan menjalani ujian saringan COVID-19 secara berperingkat bermula hari ini.

Sementara itu, kerajaan negeri Sabah turut menyalurkan bantuan bakul makanan kepada 1,900 ketua isi rumah di Felda Umas, Kalabakan yang dikenakan PKPD berkuat kuasa 13 hingga 26 Okt ini.

Pegawai Daerah Kalabakan Abdul Rashid Abdul Harun berkata pihaknya akan memastikan bantuan makanan tersebut sampai kepada kesemua penduduk.

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, Samad Jambri juga menyampaikan bantuan peralatan perubatan dan keperluan seperti alat pengimbas suhu badan, alat penyukat tekanan darah dan cecair pembasmi kuman kepada petugas barisan hadapan di Hospital Beluran dan Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran hari ini.

-- BERNAMA



 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan