COVID-19

COVID-19: Pejabat Agama Islam Daerah Rembau tutup sembilan hari

15/10/2020 07:29 PM

REMBAU, 15 Okt -- Pejabat Agama Islam Daerah Rembau ditutup selama sembilan hari bermula hari ini susulan seorang pelanggan yang berurusan di premis berkenaan didapati positif COVID-19.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Mohd Zaidi Ramli, yang mengesahkan perkara itu, berkata pelanggan berkenaan telah berurusan di premis berkenaan pada 1 Okt lalu.

“Pejabat Agama Islam Daerah Rembau diarah tutup serta-merta selepas mendapat arahan daripada Pegawai Daerah Rembau selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah pagi tadi.

“Setakat ini hanya seorang kakitangan diarahkan untuk melakukan ujian calitan manakala 26 lagi kakitangan diarah untuk melakukan kuarantin kendiri di rumah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata proses disinfeksi telah dijalankan di kawasan premis berkenaan.

Beliau berkata untuk sebarang urusan, pelanggan boleh menghubungi talian 013-3500712 (Unit Dakwah), 017-6559798 (Unit Masjid dan Surau), 012-6213234 (Unit NCR), 017-2046018 (Unit URC),  013-2775232 (Unit Penguatkuasa) dan 017-2773453 (Pentadbiran).

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan