BERITA COVID–19   Jaringan digital distrukturkan semula bagi┬ápenuhi permintaan tinggi semasa PKP - MCMC | Sambutan Thaipusam di rumah: Penganut Hindu doakan negara pulih dari COVID-19 | UiTM tambah tempoh pengecualian cukai sewa premisnya kepada peniaga | WHO hargai perkongsian data vaksin China | Klinik Pesakit Luar di Klinik Pakar Hospital Sarikei ditutup tiga bulan | 
COVID-19

Jumlah golongan kelaparan di Australia meningkat dua kali ganda akibat COVID-19

12/10/2020 04:41 PM

 SYDNEY, 12 Okt -- Jumlah penduduk di Australia yang memerlukan sumbangan makanan hampir dua kali ganda semasa COVID-19, dengan pekerja biasa dan pelajar antarabangsa paling teruk terjejas, menurut satu laporan terbaharu pada Isnin.

Menurut agensi berita Xinhua yang memetik badan amal terbesar di negara ini, Foodbank, tiga daripada 10 rakyat Australia mengalami masalah keselamatan makanan pada  2020 dan tidak pernah berhadapan masalah itu sebelum COVID-19.

"Laporan itu menyatakan, ketika keperluan untuk bantuan makanan menjadi agak tidak menentu dan tidak dapat dijangka, badan amal melaporkan bahawa permintaan keseluruhan meningkat 47 peratus dan kebanyakan daripada mereka yang kini mengalami kekurangan makanan belum pernah memerlukan bantuan sebelumnya," kata Xinhua memetik Ketua Pegawai Eksekutif Foodbank Australia, Brianna Casey. 

 Pekerja biasa, yang mungkin kehilangan pekerjaan akibat pandemik itu, dan pelajar antarabangsa, selalunya tidak layak mendapat bantuan kerajaan, menjadi dua kumpulan paling terjejas berbanding yang lain.

Selain itu, golongan muda yang mengalami masalah itu jauh lebih tinggi berbanding generasi lebih berusia, iaitu 65 peratus dalam kalangan mereka berusia 18 hingga 25 tahun akan berlapar sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Sementara pemerintah memperkenalkan pakej kebajikan bertujuan membantu mereka yang terkesan akibat pandemik, laporan itu mendapati wujud kebimbangan mengenai bagaimana untuk bertahan selepas pembayaran berakhir atau dikurangkan. 

Sementara itu, ramai pelajar antarabangsa yang tinggal di Australia semasa pandemik - dan juga mereka yang kehilangan pekerjaan dalam beberapa bidang - sebahagian besarnya tidak mendapat bantuan tersebut.

"Disebabkan status visa mereka, sebahagian besar pelajar antarabangsa tidak memenuhi syarat untuk mendapatkan bantuan kerajaan walaupun kebanyakan dari kumpulan ini telah kehilangan pekerjaan sejak pandemik bermula,” kata laporan itu.

"Ramai yang berada dalam kedudukan yang sangat sukar, tidak dapat pulang dan bersama keluarga yang mungkin turut berhadapan kesukaran dan tidak dapat membantu mereka.”

-- BERNAMA

 

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan