Isnin, 28 September 2020

10,919

Jumlah kes

150

Kes baharu

9,835

Jumlah discaj

134

Jumlah kematian
1 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 27 SEP 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
08/09/2020 11:20 PM

KUALA LUMPUR, 8 Sept -- Tiada pegawai atau anggota polis dijangkiti COVID-19 bagi kluster benteng Lahad Datu, meskipun kes baharu yang dicatatkan hari ini meningkat ke 100, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Mengesahkan perkara berkenaan, beliau berkata pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat sanitasi di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah.

"Harap-harap biarlah keputusan negatif COVID-19 berterusan seperti sekarang ini," katanya ringkas kepada Bernama.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan kes baharu COVID-19 meningkat kepada tiga angka iaitu 100 kes berbanding 62 kes semalam, menjadikan jumlah kes positif kumulatif di Malaysia sebanyak 9,559 kes.

Daripada 100 kes baharu itu, 85 kes merupakan penularan dalam negara melibatkan 55 warganegara dan 30 bukan warganegara. Ia termasuk 26 kes di Sabah daripada kluster Benteng LD, 22 kes di Kedah melibatkan kluster Sungai di Kedah dan satu kes Perlis juga melibatkan kluster Sungai. 

-- BERNAMA

 

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan