Isnin, 28 September 2020

10,919

Jumlah kes

150

Kes baharu

9,835

Jumlah discaj

134

Jumlah kematian
1 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 27 SEP 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
06/09/2020 09:58 PM

GEORGE TOWN, 6 Sept  --  Lapan kakitangan Hospital Lam Wah Ee di sini didapati telah berhubung terus dengan seorang pesakit COVID-19 di negeri itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hospital itu, kesemua kakitangan tersebut telah dipantau secara dekat, dan kesemua peralatan dan kawasan terbabit telah dijalankan proses sanitasi mengikut panduan daripada Kementerian Kesihatan.

Kenyataan itu menyatakan, tidak ada pesakit lain yang berhubungan secara terus dengan pesakit COVID-19 itu.

“Perkhidmatan klinikal di hospital Lam Wah Ee tidak terjejas, dan pesakit boleh meneruskan rawatan mereka di hospital berkenaan dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menyebut pesakit COVID-19 itu telah berada di bilik Kecemasan dan Kemalangan hospital tersebut pada 5 Sept dan pesakit lelaki berusia 89 tahun itu didapati menghidapi gastroenteritis akut.

Kakitangan kecemasan mendapati pesakit menghidapi Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan terus mengasingkan beliau di bilik khas, dan kemudiannya memindahkannya ke Hospital Pulau Pinang untuk pengesahan dan pengurusan, menurut kenyataan itu lagi.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan