Isnin, 28 September 2020

10,919

Jumlah kes

150

Kes baharu

9,835

Jumlah discaj

134

Jumlah kematian
1 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 27 SEP 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
04/09/2020 07:38 PM

GEORGE TOWN, 4 Sept -- Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang melancarkan pelitup muka boleh cuci dan boleh guna semula yang dihiasi corak karya seni dan artifak yang dipamerkan di muzium itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata pelitup muka itu bukan sahaja bertujuan mengurangkan sisa buangan yang dihasilkan menerusi pelitup muka pakai buang tetapi juga sebagai pameran seni melibatkan pemakai pelitup muka terbabit.

“Reka bentuknya diinspirasikan oleh koleksi lukisan dan artifak di muzium kami yang akan mewujudkan kesedaran dan rasa kekitaan terhadap warisan negara pada waktu-waktu mencabar ini, untuk mengingatkan siapa kita yang sebenarnya dan dari mana asal kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelitup muka edisi terhad itu mempunyai 15 reka bentuk dan berharga RM20 sekeping (tidak termasuk kos penghantaran) boleh dibeli secara langsung di Dewan Sri Penang atau menghantar pesanan WhatsApp ke talian 017-7601349 atau melalui laman Facebook Penang State Museum & Art Gallery. 

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan