COVID-19

Pesta P.Pinang 2020 dibatalkan kerana COVID-19

04/09/2020 05:30 PM

GEORGE TOWN, 4 Sept -- Pesta Pulau Pinang yang merupakan antara tarikan di negeri itu setiap tahun tidak akan dianjurkan pada tahun ini, berikutan keadaan semasa pandemik COVID-19.

Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Datuk Sarul Bahiyah Abu berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang yang bersidang pada 12 Ogos lalu, telah membuat ketetapan bahawa penganjuran Pesta Pulau Pinang pada tahun ini, dibatalkan.

"Berdasarkan keadaan semasa di negeri Pulau Pinang yang sedang berhadapan dengan pademik COVID-19, MMK Pulau Pinang telah membuat ketetapan penganjuran Pesta Pulau Pinang tahun 2020 yang dijadualkan pada 1 Dis ini, adalah dibatalkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pesta Pulau Pinang yang diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, di sini yang kini menjangkau usia 54 tahun itu, menjadi ikon pelancongan di Pulau Pinang, kerana menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, terutama pada Disember setiap tahun.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan