COVID-19

Industri kecantikan boleh menempuh COVID-19 dengan inovasi - TAITRA

29/08/2020 05:56 PM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos -- Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) optimis dengan potensi perniagaan kecantikan walaupun ketika industri peruncitan di seluruh dunia sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Dalam satu webminar baru-baru ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TAITRA Walter M. S. Yeh berkata pasaran industri itu bernilai lebih daripada US$297 bilion (US $1 = RM 4.17) pada 2018 dan dijangka akan mempamerkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 5.1 peratus. 

Sementara itu, pakar produk penjagaan kulit, Dr Grace Liao Yuan Li menambah pasaran produk kecantikan global merupakan saluran pengguna kelima terbesar, dengan pasaran Asia Tenggara mencatatkan kadar pertumbuhan yang tertinggi.

Bagaimanapun, disebabkan pandemik COVID-19, banyak jenama kecantikan terpaksa menggunakan teknologi digital bagi mengatasi krisis kesihatan itu, katanya. 

Webinar tersebut telah dianjurkan secara bersama oleh TAITRA dan Biro Perdagangan Luar Negara, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan.

Lima pemenang anugerah kecemerlangan Taiwan daripada industri kosmetik turut terlibat.

Beberapa syarikat turut mengambil peluang untuk memperkenalkan produk mereka seperti jenama teknologi kecantikan, Perfect Corp yang menunjukkan bagaimana produk mereka boleh disesuaikan dengan permintaan tanpa sentuhan.

Ia menggunakan pendekatan maya bagi menguji produk kecantikan tanpa pengguna perlu menanggalkan topeng muka.

Shiny Brand Group pula memperkenalkan jenama 'Mirae' dan satu siri produk untuk penjagaan kulit harian.

Acara itu turut menyentuh mengenai bagaimana jenama boleh memenuhi syarat standard antarabangsa dan Halal serta pensijilan Agensi Pemantauan Dadah dan Makanan, yang amat diperlukan untuk menembusi pasaran Asia Tenggara. 

Video pelancaran produk-produk acara itu boleh dilihat melalui https://www.youtube.com/watch?v=d7v6Lynr3N8.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan