COVID-19

COVID-19: Singapura lapor 81 kes baharu termasuk 16 kes import

15/08/2020 06:54 PM

SINGAPURA, 15 Ogos -- Singapura hari ini melaporkan 81 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan 16 daripadanya adalah kes import, menjadikan jumlah keseluruhan 55,661 kes.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura di sini, 10 daripada kes import adalah dari kapal yang tiba di Singapura pada 8 Ogos.

"Sebelum dibawa ke hospital, semua anak kapal belum turun dari kapal," jelasnya.

Menurut MOH, kes import yang lain telah diletakkan di bawah notis kuarantin di rumah (SHN) sejurus tiba di Singapura.

Bagi kes komuniti, tiga kes dilaporkan melibatkan dua warga tempatan atau penduduk tetap dan satu pemegang pas kerja.

Menurut kementerian berkenaan, sebahagian besar kes hari ini adalah pemegang permit kerja yang kini dalam kuarantin.

Dalam data penuhnya yang dikeluarkan pada lewat Jumaat, MOH memaklumkan terdapat kira-kira 21,300 pekerja yang masih menjalani tempoh kuarantin.

Sehingga tengah hari semalam, republik itu telah mengklasifikasikan 784 kes yang dilaporkan sebagai import, 2,201 sebagai kes komuniti dan 52,595 sebagai penghuni asrama.

Seramai 51,049 pesakit atau kira-kira 92 peratus daripada jumlah kes terkumpul telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan keluar dari hospital atau kemudahan rawatan komuniti.

Sebanyak 79 kes positif masih dirawat di hospital tetapi tidak ada yang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sebanyak 4,425 pesakit yang mengalami gejala ringan atau sihat dari segi klinikal namun diuji positif COVID-19, telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Sehingga kini, Singapura mencatatkan 27 kematian akibat COVID-19.

Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam manakala enam kluster lagi telah ditutup.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan