COVID-19

Kes positif COVID-19 Di Indonesia kini 132,816, kematian 5,968

13/08/2020 06:15 PM

JAKARTA, 13 Ogos  -- Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 132,816, manakala 76,515 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 2,098 kes positif  baharu disahkan dalam tempoh 24 jam.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, 65 lagi kematian direkodkan  menjadikan  jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 5,968 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 27,761 kes, diikuti Jawa Timur (26,561)  dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,953 orang, diikuti Jakarta (970), Jawa Tengah (765), Sulawesi Selatan (339) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan