COVID-19

COVID-19: 15 kes baharu dengan 11 jangkitan tempatan dilaporkan hari ini

13/08/2020 06:04 PM

PUTRAJAYA, 13 Ogos  -- Sebanyak 15 kes baharu COVID-19 yang melibatkan 11 kes penularan dalam negara dan empat kes import dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak berkenaan sebanyak 9,129 kes setakat ini dengan kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 berjumlah 183 kes.

Katanya kes penularan dalam negara itu membabitkan 10 rakyat Malaysia merangkumi satu kes saringan prapembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dan sembilan kes daripada kluster baharu Tawar di Kedah.

Satu kes lagi melibatkan bukan warganegara yang dikesan melalui saringan sebelum bertolak ke luar negara, katanya.

“Empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan semua rakyat  Malaysia yang pulang dari Indonesia dan Yaman,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini.

Menurutnya empat kes import terbabit melibatkan tiga di Selangor dan satu di Kuala Lumpur.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak empat kes pulih daripada COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh sebanyak 8,821 kes iaitu 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham turut berkata tiada kes kematian berkaitan virus itu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes maut kekal 125 kes.

“Sehingga kini, dua kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan