Isnin, 21 September 2020

10,219

Jumlah kes

52

Kes baharu

9,355

Jumlah discaj

130

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 20 SEP 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
12/08/2020 12:40 PM

MOSCOW, 12 Ogos  -- Rusia sudah menerima permintaan daripada 20 negara untuk pengeluaran 1 bilion dos vaksin COVID-19, kata ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia Kirill Dmitriev.

"Banyak negara luar berminat terhadap vaksin Rusia yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Kebangsaan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya.

"Kami telah menerima permintaan awal untuk pembelian lebih 1 bilion dos vaksin dari 20 negara. Kami bersedia memastikan pengeluaran lebih 500 juta dos vaksin bersama dengan rakan asing kami di lima negara, dan merancang untuk meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran," katanya.

Menurut Dmitriev, setakat hari ini, beberapa negara Amerika Latin, Timur Tengah dan Asia menyuarakan minat untuk membeli vaksin Rusia, lapor Agensi Berita Rusia TASS.

Beberapa kontrak juga telah dimuktamadkan.

Beliau berkata RDIF bersetuju untuk mengadakan ujian klinikal tahap ketiga vaksin COVID-19 di luar negara dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan negara-negara lain.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan