COVID-19

COVID-19: Indonesia catat 2,277 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam

08/08/2020 06:08 PM

JAKARTA, 8 Ogos -- Indonesia mencatatkan 2,277 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di republik berkenaan kini sebanyak 123,503 kes.

Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 83,624 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 65 lagi kematian dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat COVID-19 di Indonesia kini  berjumlah 5,658 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 25,287 kes, diikuti Jawa Timur (24,922) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,856 orang, diikuti Jakarta (924), Jawa Tengah (720), Sulawesi Selatan (334) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan