BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
COVID-19

HSB kurangkan pembedahan bukan kecemasan, utamakan kes COVID-19

07/08/2020 10:07 PM

ALOR SETAR, 7 Ogos  -- Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan mengurangkan kes pembedahan bukan kecemasan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi memberi keutamaan kepada usaha menangani penularan pandemik COVID-19 di negeri itu.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohd Fikri Ujang berkata bagaimanapun pengendalian kes kecemasan berjalan seperti biasa manakala janji temu klinik pakar akan dijadualkan semula.

Pada masa sama Hospital Kuala Nerang telah diaktifkan bagi menerima pertambahan kes ibu bersalin yang dijadualkan di HSB.

Bagaimanapun ini hanya untuk kes bersalin secara normal, manakala bagi kes yang ada komplikasi akan dikendalikan oleh HSB, katanya ketika dihubungi Bernama hari  ini.

Mengenai pesakit yang perlu menyambung bekalan ubat, khususnya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran, Dr Mohd Fikri berkata bekalan ubat mereka akan disalurkan ke klinik berhampiran.

Beliau turut menggalakkan pesakit di kawasan lain memanfaatkan kemudahan seperti penghantaran ubat melalui perkhidmatan pos dengan menghubungi Bahagian Farmasi HSB untuk tujuan itu.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan dijangka selesai menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas semua penduduk di kawasan PKPD secara pentadbiran esok.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan