Selasa, 29 September 2020

11,135

Jumlah kes

101

Kes baharu

9,939

Jumlah discaj

134

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 29 SEP 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
07/08/2020 11:03 AM

ARAU, 7 Ogos -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua 12 buah masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan kawasan berdekatan ditutup mulai hari ini sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penutupan masjid itu dilakukan berikutan berulangnya penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

“Dengan itu, solat Jumaat hari ini diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing," titah baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs menerusi satu kenyataan hari ini.

Baginda bertitah individu yang berada dalam kawasan terlibat juga dilarang keluar dari kariah masing-masing untuk melakukan solat atau mengimarahkan masjid di kariah lain.

Tujuh masjid yang ditutup di DUN Sanglang ialah Masjid Al-Rahman,Kampung Simpang Sanglang; Masjid Al-Maghfirah, Sungai Korok; Masjid Darul Salam, Kampung Padang Keria; Masjid Al-Makmur, Kampung Bongor Kudung; Masjid Al-Furqan, Kampung Bunga Emas; Masjid Asy-Syakur, Kampung Permatang Bongor dan Masjid Dato’ Jaafar Hassan, Kampung Sungai Padan.

Turut ditutup ialah tiga buah masjid dalam DUN Simpang Empat iaitu Masjid Putra, Simpang Empat; Masjid Al-‘Ilmi, Sungai Berembang dan Masjid Ameer Fawwaz, Kampung Sungai.

Sementara itu, dalam DUN Guar Sanji, dua buah masjid yang tersenarai ialah Masjid Nurul Yaqin, Kampung Chantik Bangun dan Masjid Nurul Muttaqin, Kampung Che Ok.

Setakat semalam, terdapat sebanyak 9,038 jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara ini dan Perlis merekodkan 20 kes dengan pertambahan dua kes baharu membabitkan seorang warga tempatan pada 4 Ogos dan banduan warga asing pada 29 Julai.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan