Jumaat, 02 Oktober 2020

11,484

Jumlah kes

260

Kes baharu

10,014

Jumlah discaj

136

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 1 OKT 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
04/08/2020 09:07 PM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Skim Latihan dan Penempatan dan Gerak Insan Gemilang (GIG) menerusi inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) [PENJANA HRDF] membantu menangani isu pengangguran melibatkan golongan belia akibat pandemik COVID-19.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata setakat 24 Julai seramai 5,930 orang termasuk golongan belia berjaya mendapat penempatan pekerjaan dengan bantuan kewangan berjumlah RM38.53 juta dengan tawaran gaji bermula daripada RM1,800 sebulan.

“Latihan dan Penempatan memberi jaminan penempatan pekerjaan sekurang-kurangnya 12 bulan kepada pelatih sejurus menamatkan latihan.

Manakala Skim GIG pula, setakat 24 Julai seramai 875 pelatih telah diluluskan dengan bantuan kewangan berjumlah RM3.9 juta,” katanya ketika menggulung perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong, bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan data pengangguran yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar pengangguran di negara ini meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei 2020 berbanding 5 peratus pada April lepas.

Mengenai Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Saravanan berkata seramai 62,247 orang hilangan pekerjaan bagi tempoh awal tahun ini sehingga 17 Julai direkodkan menerusi sistem itu dengan jumlah pembayaran RM133 juta telah dibuat.

“Di samping itu, SIP berjaya menempatkan semula pekerjaan kepada seramai 12,714 orang sehingga Julai 2020,” katanya.

Mengulas isu kehilangan pekerjaan dan penguatkuasaan Akta SIP 2017 (Akta 800), Saravanan berkata SIP menawarkan dua jenis faedah iaitu faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan.

Faedah itu melibatkan Elaun Mencari Pekerjaan bagi tempoh tiga hingga enam bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman; Elaun Bekerja Semula Awal, Elaun Pendapatan Berkurang, Elaun Latihan, Fi Latihan (dibayar kepada Penyedia Latihan), program menambah kemahiran dan latihan semula, perkhidmatan  pekerjaan dan kaunseling kerjaya, katanya.

-- BERNAMA 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan