COVID-19

Penggunaan pelitup muka bantu kurangkan kes COVID-19 di AS

04/08/2020 02:49 PM

WASHINGTON, 4 Ogos -- Kes jangkitan COVID-19 menyaksikan penurunan berterusan sejak rakyat Amerika Syarikat (AS) diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam, lapor agensi berita Xinhua memetik CNN pada Isnin.

Selepas lima hari penggunaan pelitup muka, kadar pertumbuhan kes harian dilihat perlahan di bawah satu peratus, selepas 21 hari kadar pertumbuhan sekitar dua peratus, menurut penyelidikan Jabatan Pengurusan Dasar dan Kesihatan di Universiti Iowa.

Antara 8 April dan 15 Mei, gabenor 15 negeri AS dan datuk bandar Washington, menandatangani perintah untuk mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam. Penyelidik mengkaji perubahan dalam kadar kes COVID-19 di peringkat daerah antara 31 Mac dan 22 Mei.

Kajian menganggarkan 230,000-450,000 kes mungkin dapat dicegah pada 22 Mei.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan