COVID-19

COVID-19: 313 kes baharu di Singapura, lima kes import

02/08/2020 05:11 PM

Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 2 Ogos -- Singapura mencatat 313 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan lima lagi kes import.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam data ringkas yang dikeluarkan 12 tengah hari tadi  berkata semua kes import itu telah diserahkan Notis Duduk Dirumah sebaik sahaja tiba di sini.

Berdasarkan siasatannya setakat ini, MOH berkata terdapat juga satu kes di dalam komuniti melibatkan seorang pemastautin tetap.    

Sementara itu, majoriti kes adalah daripada pekerja asing yang tinggal di asrama.

Dengan kes terbaharu ini, jumlah keseluruhan kes di republik itu mencecah 52,825.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 704 sebagai kes import, 2,180 kes komuniti dan 49,628 penghuni asrama.

Setakat 12 tengah hari semalam, 46,740 atau kira-kira 90 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj daripada hospital atau pusat penjagaan komuniti. 

Terdapat 117 kes disahkan masih berada di hospital, dan daripada jumlah itu kebanyakannya dalam keadaan stabil atau beransur-ansur pulih dan tiada yang dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi..

Sejumlah 5,628 pesakit dengan gejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi masih lagi positif dalam saringan COVID-19 telah diasingkan dan dijaga di pusat penjagaan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di Singapura.

Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan