BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
COVID-19

COVID-19: Singapura catat 307 kes baharu, hanya satu dalam komuniti

01/08/2020 06:28 PM

SINGAPURA, 1 Ogos -- Singapura mengesahkan sejumlah 307 tambahan jangkitan COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 52,512 kes.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam data ringkasnya yang dikeluarkan pada tengah hari di sini menyebut bahawa majoriti kes adalah terdiri daripada pekerja asing yang tinggal di asrama.

Berdasarkan siasatannya setakat ini, kementerian itu berkata hanya terdapat satu kes dalam komuniti yang melibatkan rakyat Singapura.

Selain itu, MOH berkata terdapat lima kes import yang diletakkan di bawah Notis Duduk Di Rumah sejurus ketibaan mereka di Singapura.

Dalam data penuh yang dikeluarkan semalam, Singapura mengklasifikasi sejumlah 699 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,179 sebagai kes komuniti dan 49,327 sebagai kes membabitkan penghuni asrama.

Setakat tengah hari semalam, sejumlah 46,491 atau kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan coronavirus dan didiscaj dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.

Terdapat 136 kes disahkan yang masih berada di hospital.

Daripada jumlah ini, kebanyakannya adalah sambil atau semakin pulih dan tidak ada pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sejumlah 5,551 pesakit dengan gejala ringan atau sihat secara klinikal namun diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi selepas dijangkiti COVID-19 di Singapura.

Tidak ada kluster baharu dikenal pasti semalam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan