Isnin, 10 Ogos 2020

9,094

Jumlah kes

11

Kes baharu

8,803

Jumlah discaj

125

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 10 OGOS 2020 (Sumber KKM)
COVID-19
01/08/2020 06:28 PM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos -- Penggunaan pelitup muka perlu diamalkan bersama penjagaan kebersihan tangan dengan kerap dan penjarakan fizikal yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelasnya, terdapat dua jenis pelitup muka yang boleh digunakan bagi tujuan pencegahan jangkitan COVID-19 iaitu pelitup muka perubatan dan pelitup muka bukan perubatan.

"Pelitup muka perubatan seperti pelitup tiga lapisan, digunakan oleh petugas kesihatan; orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan; golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas (iaitu mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas); dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

"Penggunaan pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak mengalami gejala namun berada di tempat-tempat di mana penjarakan fizikal sukar diamalkan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik yang dijual di pasaran mungkin tidak menepati ciri-ciri yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), namun boleh dipakai orang awam tetapi keberkesanannya mungkin berbeza bergantung kepada jenis dan bilangan lapisan kain yang digunakan.

"Adalah diingatkan bahawa pelitup muka tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Semua pelitup muka perlu dipakai dan dilupuskan dengan cara yang betul.

"Pelitup muka tidak boleh dipakai oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua tahun, bagi mereka yang sukar bernafas dan individu yang tidak sedarkan diri, kurang berupaya atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan," katanya.

Dr Noor Hisham menyeru masyarakat supaya memberi kerjasama penuh kepada kerajaan dalam memerangi pandemik COVID-19 menggunakan peribahasa 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' dalam penentuan kejayaan atau kegagalan Malaysia berdepan masalah itu yang melanda di seluruh dunia.

Peringatan itu susulan arahan kerajaan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan kawasan sesak tumpuan umum, bermula hari ini yang merupakan antara strategi membendung penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. 

Individu yang ingkar arahan itu bakal berdepan hukuman denda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan