BERITA COVID–19   Program turun padang, lembutkan warga emas terima vaksin | Mulai Selasa, hanya individu positif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR dimasukkan ke PKRC Kelantan | MAECC gesa kerajaan percepat kelulusan penggunaan Ivermectin untuk rawat COVID-19 | COVID: 398,846 kes sporadik direkodkan sejak 1 Jan hingga 19 Jun | Hanya 18.9 peratus Orang Asli daftar imunisasi COVID-19, Jakoa pergiat inisiatif | 
COVID-19

Tiada keperluan laksana solat Jumaat dua sesi - Mufti Kelantan

21/07/2020 03:57 PM

KOTA BHARU, 21 Julai -- Solat Jumaat tidak perlu dilaksanakan secara dua sesi di Kelantan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana jumlah masjid sedia ada mencukupi.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata solat Jumaat dua sesi hanya untuk negara-negara yang tidak mempunyai bilangan masjid yang cukup bagi melaksanakan ibadat itu secara serentak dalam keadaan jarakan sosial, namun di Kelantan, malah di seluruh negara, jumlahnya mencukupi.

"Kelantan sendiri mempunyai 603 buah masjid dan jumlah itu setakat ini mampu menampung jemaah terutamanya bagi melaksanakan solat Jumaat. Tidak perlu dua sesi...di Kelantan dan seluruh negara, cukup hanya satu sesi sahaja seperti biasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru-baru ini dilaporkan berkata Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan solat Jumaat kekal dilaksanakan dalam satu sesi sahaja.

Bagaimanapun, mesyuarat itu juga sedia maklum setiap negeri mempunyai hak untuk melaksanakan solat Jumaat dua sesi jika pihak majlis agama negeri mahu ia dilaksanakan.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan