Selasa, 04 Ogos 2020

9,001

Jumlah kes

2

Kes baharu

8,668

Jumlah discaj

125

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 3 OGOS 2020 (Sumber KKM)
COVID-19
16/07/2020 07:40 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai -- Kemelesetan di Asia Pasifik dijangka akan berpanjangan, walaupun pelonggaran sekatan perjalanan bagi mengekang penularan COVID-19 akan membantu kepada pemulihan secara beransur-ansur pada separuh kedua, kata agensi penarafan Moody’s.

Naib Presiden Kanan dan Pegawai Kredit Moody's Group Clara Lau berkata kemampuan syarikat perniagaan untuk pulih bergantung pada kadar permintaan pengguna naik semula, ia juga bergantung kepada kemampuan kerajaan untuk mengembalikan keyakinan dengan mengurangkan kebimbangan terhadap pandemik tersebut.

"Program fiskal dan rangsangan monetari di pasaran maju dan baharu telah membantu menstabilkan pasaran kewangan dan memberikan kelegaan sementara kepada syarikat.

"Namun, prestasi operasi dan kemampuan pembiayaan syarikat mudah terjejas kepada kejutan pasaran kewangan, terutama jika gelombang kedua wabak itu akan mengakibatkan pelaksanaan sekatan perjalan yang baharu," katanya dalam satu kenyataan.

Trend penarafan pada suku kedua 2020 kekal negatif di portfolio korporat Asia Pasifik yang dinilai Moody's walaupun jumlah penarafan negatif telah menurun.

Moody's menyenaraikan 86 penarafan negatif pada suku kedua, turun daripada 120 pada suku pertama. Daripada jumlah tersebut, 18 didorong oleh dana pelaburan, berkaitan dengan penurunan dana pelaburan India.

Ia tidak termasuk penarafan didorong oleh dana pelaburan, logam dan perlombongan, sektor tenaga serta hartanah yang menyumbang kepada penarafan negatif itu, dengan setiap sektor menerima sembilan. Tiada penarafan positif bagi suku kedua 2020.

Sementara itu, antara penarafan dalam portfolio korporat Asia Pasifik oleh Moody's, 29 peratus mempunyai implikasi negatif, meningkat daripada 26 peratus pada suku pertama 2020 dan merupakan paras tertinggi sejak suku ketiga 2016.

Syarikat yang paling terjejas adalah syarikat automotif dan permainan dengan lebih dari 50 peratus penerbit memberi penarafan dengan implikasi negatif.

Pada masa yang sama, bahagian penarafan dengan unjuran yang stabil turun kepada 69 peratus daripada 71 peratus dalam tempoh yang sama.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan