Selasa, 24 November 2020

56,659

Jumlah kes

1,884

Kes baharu

42,480

Jumlah discaj

337

Jumlah kematian
2 Kes terbaharu
23 NOV 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
16/07/2020 02:56 PM

PUTRAJAYA, 16 Julai -- Rang Undang-Undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 yang akan dibentangkan pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung dijangka dapat membantu kedudukan kewangan pengguna yang terjejas oleh COVID-19, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.

Katanya RUU itu melibatkan pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan antaranya membabitkan urus niaga kredit.

“… kita hendak melindungi pengguna supaya ketika wabak COVID-19 ini, jika mereka tidak mampu membuat pembayaran, pemberi kredit tidak semudahnya ambil tindakan kepada pembeli," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat kepada warga kementerian itu, di sini hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penggubalan RUU Pelaksanaan Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 pada 5 Jun lepas bagi mengurangkan impak perundangan akibat penularan virus itu.

Mengulas isu lain, Nanta berkata Program Food Bank Siswa yang dijalankan oleh kementerian itu sebelum ini akan diteruskan apabila pelajar institusi pengajian tinggi kembali semula ke kampus pada Oktober depan.

Pada majlis itu, Nanta turut menyerahkan sijil pengiktifaran Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berjaya mendaftarkan 2,705 perniagaan baharu dalam tempoh sehari pada 20 Feb lepas.

"Ini merupakan rekod tertinggi pernah dicatatkan oleh SSM dalam tempoh sehari memandangkan secara purata rekod harian pendaftaran baharu perniagaan di seluruh Malaysia adalah sebanyak 1,100 pendaftaran sahaja," katanya, menambah rekod tersebut dicatat menerusi program #JOMDAFTARSSM2020. 

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan