Selasa, 11 Ogos 2020

9,103

Jumlah kes

9

Kes baharu

8,809

Jumlah discaj

125

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 11 OGOS 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
13/07/2020 03:53 PM

KUALA LUMPUR, 13 Julai -- Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa kerajaan melanjutkan tempoh moratorium pinjaman selama enam bulan lagi bagi industri pelancongan memandangkan sektor ini merupakan antara penyedia pekerjaan yang utama dan penyumbang penting kepada ekonomi negara.

MATTA menerusi kenyataan hari ini berkata industri pelancongan dan perjalanan telah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan kajian menunjukkan ia hanya akan pulih daripada krisis semasa jauh lebih perlahan daripada sektor lain dalam ekonomi Malaysia.

Tambahan pula, pada 6 Julai lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kenyataan bahawa industri pelancongan memerlukan empat tahun untuk pulih, menurutnya.

“Ramai peserta pelancongan mengalami kemerosotan pendapatan sejak Mac 2020 susulan kemelesetan dan pengangguran. Bergantung semata-mata kepada pelancongan domestik sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan perniagaan dan individu yang berkerja dalam industri ini," kata Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang.

Beliau berkata ketidakmampuan industri untuk membayar semula pinjaman mereka disebabkan oleh peraturan yang ketat dan permintaan lemah.

Peminjam individu yang bekerja dalam industri hospitaliti dan pelancongan juga harus diberi lanjutan moratorium enam bulan lagi kerana ramai yang menghadapi pemotongan gaji, cuti tanpa gaji atau diberhentikan.

“Ramai yang tidak memiliki kemampuan untuk membayar balik pinjaman mereka dalam keadaan tertekan dan kadar pengangguran meningkat dengan cepat," katanya.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menganggarkan kerugian yang dialami oleh industri pelancongan dan budaya bernilai RM45 bilion dari segi perbelanjaan pelancongan dan kira-kira satu juta pekerja dalam industri pelancongan di Malaysia dijangka hilang pekerjaan mereka tahun ini.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan