Ahad, 09 Ogos 2020

9,083

Jumlah kes

13

Kes baharu

8,784

Jumlah discaj

125

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 9 OGOS 2020 (Sumber KKM)
COVID-19
13/07/2020 01:59 PM

SEOUL, 13 Julai  -- Bermula 13 Julai, warga asing yang tiba di Korea Selatan terutama dari negara berisiko tinggi COVID-19 perlu mengemukakan sijil yang mengesahkan mereka sudah menjalani ujian dan disahkan negatif, dalam usaha negara itu untuk mengekang penularan kes import. 

Negara itu termasuk Bangladesh, Pakistan, Kazakhstan dan Kyrgyzstan, menurut laman web kedutaan Korea Selatan di negara berkenaan, lapor agensi berita Yonhap.

Sijil mesti dikeluarkan institusi perubatan dan pusat ujian yang dilantik misi diplomatik Korea Selatan.

Kerajaan akan memperluas syarat itu ke 11 negara lain jika jumlah kes import terus meningkat.

Purata jumlah kes import setiap hari sebanyak enam kes pada Mei dan 11 pada Jun. Tetapi, jumlah itu meningkat kepada 20 bulan ini.

Jumlah kedatangan warga dari keempat-empat negara itu menjadi penyumbang kepada peningkatan kes di Korea Selatan, kata pegawai.

Selain itu, peraturan kuarantin yang ketat untuk pelancong dari Pakistan dan Bangladesh juga dibuat. Korea Selatan mula menghentikan sementara pengeluaran visa dan menangguhkan penerbangan tidak berjadual dari kedua-dua negara pada 23 Jun lalu.

Korea Selatan juga mengarahkan jumlah penumpang dari negara-negara itu dihadkan sehingga 60 peratus. 

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan