COVID-19

Jumlah kematian COVID-19 di Brazil melepasi 65,000

07/07/2020 12:59 PM

MOSCOW, 7 Julai -- Angka kematian akibat COVID-19 di Brazil meningkat sebanyak 620 dalam tempoh 24 jam kepada  65,487, lapor  agensi berita Sputnik, memetik kenyataan Menteri Kesihatan negara itu.

Jumlah kes juga meningkat sebanyak 20,229 menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,623,284, kata kementerian itu.

Sehari sebelumnya, jumlah kematian meningkat 602 orang dan jumlah kes yang disahkan naik sebanyak 26,000.

Sebanyak 927,292 orang telah pulih daripada COVID-19 sejak wabak itu bermula.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak tersebut sebagai pandemik pada 11 Mac.

Menurut WHO, jumlah kematian COVID-19 global telah melebihi 532,000 orang, dengan jumlah kes di seluruh dunia melebihi 11.3 juta.

Sejajar dengan data Johns Hopkins University, jumlah kes global mencecah 11.5 juta, dengan lebih 536,000 kematian dan lebih 6.2 juta pemulihan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan