COVID-19

PENJANA bantu ringankan beban syarikat di musim COVID-19

30/06/2020 06:34 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Apabila Malaysia dijejaskan oleh pandemik COVID-19 sehingga sektor ekonominya lumpuh, pihak kerajaan telah melaksanakan pelan stimulus bernilai RM250 billion yang dinamakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu syarikat terutamanya dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana bangkit kembali. 

Pengarah Urusan Helms Geomarine Sdn Bhd, Datuk Mohamad Helmi Zulkawi berkata syarikatnya  merupakan antara perusahaan yang telah menerima bantuan PENJANA melalui Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd sebanyak RM1 juta.

"Selain bantuan PENJANA, syarikat Helms juga mahu merakamkan penghargaan kepada pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Polis Diraja Malaysia yang telah memberi kemudahan untuk kakitangan kami merentas negeri ke Johor bagi memulakan kerja-kerja pemasangan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada Mei lepas," katanya. 

Helms merupakan sebuah syarikat yang beroperasi dalam bidang penggerudian geoteknikal luar pantai. 

Sebelum ini, Helms juga merupakan penerima pinjaman dari Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) sebanyak RM4 juta, manakala RM1.6 juta lagi dari SME Bank.

Sehubungan itu, Helms juga telah melancarkan satu lagi peralatan penggerudian geoteknikal luar pantai di atas kapal Dolphin Geo Survey di jeti Tanjong Pelepas, Johor. 

"Kami yakin dengan pengalaman pengurusan Helms selama lebih 30 tahun, ditambah dengan pelaburan aset-aset kapal dan peralatan yang canggih serta berspesikasi tinggi, kami yakin mampu mendapatkan lagi projek-projek yang sama atau lebih besar dan mencabar terutama di perairan Jepun dan Korea", katanya. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan