Jumaat, 07 Ogos 2020

9,038

Jumlah kes

15

Kes baharu

8,713

Jumlah discaj

125

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 6 OGOS 2020 (Sumber KKM)
COVID-19
28/06/2020 07:57 PM

Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK, 28 Jun  --  Thailand mencatatkan dua hari berturut-turut tanpa sebarang kes baharu dan korban, menjadikan jumlah kes keseluruhan kekal pada 3,162 dengan lima kematian. 

Hari ini merupakan hari ke-34 Thailand tidak menyaksikan jangkitan tempatan.

Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand pula berkata sejumlah 51 pesakit masih menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Pertahanan Lt Jen Kongcheep Tantravanich berkata Timbalan Menteri Pertahanan Jen Chaichan Changmongkol  telah mengarahkan angkatan tentera untuk membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 di negara itu yang dijadualkan membuka semula perniagaan dan venue termasuk sekolah bermula 1 Julai ini.

Kongcheep berkata anggota tentera akan memberi bantuan kepada sekolah untuk memastikan setiap orang mengamalkan penjagaan kebersihan dengan baik dan penjarakan sosial. 

“Jen Chaican juga menggesa angkatan tentera meningkatkan kapasiti kemudahan kuarantin untuk rakyat Thai yang kembali dari luar negara,” kata beliau seperti dilaporkan oleh akhbar Bangkok Post.

Dengan keadaan COVID-19 di negara itu yang semakin baik, semua perniagaan dan venue termasuk pusat hiburan seperti pub, bar dan karaoke, kafe siber dijadualkan beroperasi semula Rabu ini.

Perdana Menteri General Prayuth Chan o-cha akan mempengerusikan mesyuarat CCSA esok untuk memuktamadkan senarai perniagaan dan venue yang bakal dibuka semula.

-- BERNAMA 

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan