Sabtu, 04 Julai 2020

8,658

Jumlah kes

10

Kes baharu

8,461

Jumlah discaj

121

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 4 JUL 2020 (Sumber KKM)
COVID-19
26/06/2020 07:33 PM

PUTRAJAYA, 26 Jun -- Memasuki hari ke-17 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kes jangkitan COVID-19 di negara ini terus menunjukkan perkembangan baik apabila kes aktif kebolehjangkitan mencatat angka kurang 200 iaitu 191 kes.

Lebih membanggakan, kadar penyembuhan kes COVID-19 di Malaysia adalah antara yang tertinggi dalam kalangan negara anggota ASEAN iaitu 96.4 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar kematian COVID-19 di Malaysia juga antara yang paling rendah di seluruh dunia iaitu 1.41 peratus.

"Tiada kes kematian COVID-19 dilaporkan sejak 12 hari yang lepas. Justeru, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 semakin menurun setiap hari.

"Untuk pertama kalinya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kes aktif adalah kurang daripada 200 pada hari ini," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan