Sabtu, 04 Julai 2020

8,658

Jumlah kes

10

Kes baharu

8,461

Jumlah discaj

121

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 4 JUL 2020 (Sumber KKM)
COVID-19
25/06/2020 09:31 PM

GEORGE TOWN, 25 Jun -- Kerajaan Pulau Pinang mengetepikan caj hotel berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Dis, selaras dengan kebenaran merentas negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin berkata ia adalah usaha kerajaan negeri untuk merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri. 

“Selain pengecualian caj pelancongan di peringkat Persekutuan, sokongan ini akan dapat memacu minat ke arah mengaktifkan semula pelancongan dan menyokong usaha pemulihan pelancongan untuk bulan-bulan mendatang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengecualian enam bulan itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan pelancongan untuk secara berterusan menarik kedatangan pelancong domestik sepanjang bulan akan datang sehingga akhir tahun.

Yeoh juga berkata pelan pemulihan itu turut disertakan dengan pelbagai usaha promosi dan program insentif pelancongan, yang akan diperkenalkan secara berperingkat.

“Ini adalah sejajar dengan wawasan kerajaan negeri iaitu kami menggalakkan pelancongan yang bertanggungjawab, untuk menjadikan negeri dan negara kita sebuah tempat yang lebih selamat untuk masyarakat dan pelawat,” katanya. 

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan