BERITA COVID–19   Siasatan kes Awie langgar SOP belum selesai, tiada kompaun dikeluarkan setakat ini | Perlis benarkan solat Aidilfitri di tanah lapang | PKPD di Felda Kahang Timur, Johor dan Kampung Bako Hilir, Sarawak mulai Rabu ini - Ismail Sabri | Rakyat Pahang diingat patuhi SOP menjelang Aidilfitri | Penduduk guna LED berbagai warna bentuk perkataan COVID-19, SOP meriahkan sambutan Syawal | 
COVID-19

Rakyat Malaysia ingin masuk Sabah tidak perlu ujian COVID-19

15/06/2020 06:16 PM

KOTA KINABALU, 15 Jun  -- Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan semua rakyat di negara ini untuk memasuki Sabah tanpa perlu menjalani ujian COVID-19, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan. 

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata rakyat Malaysia yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan hanya perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). 

"Kebenaran ini juga adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Jabatan Imigresen Malaysia (Negeri Sabah) dan pihak berwajib yang sedang berkuat kuasa. Dalam masa yang sama, JKNS akan selalu menggunakan pemantauan dan penilaian yang berkaitan bagi semua orang yang masuk ke Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan