KUALA LUMPUR, 12 Jun -- Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama negara dilaporkan lancar dan terkawal setakat 9 malam ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik ke utara dan selatan lancar selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Memang ada peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya namun terkawal. Trafik hanya perlahan jika cuaca hujan atau berlaku kemalangan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Plaza Tol Gombak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 serta LPT 2 di kedua-dua arah juga dilaporkan lancar setakat ini.
"Trafik hanya perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari Km34.7 hingga Km41.1 iaitu Genting Sempah-Bukit Tinggi arah timur berikutan ada kenderaan rosak,” katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta