COVID-19

Sambut Gawai Dayak secara sederhana, patuhi PKPB demi putuskan rantaian COVID-19

31/05/2020 06:35 PM

PUTRAJAYA, 31 Mei -- Sambutan Gawai Dayak kali ini yang agak sederhana mengikut tatacara Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan yang jauh tidak dapat pulang ke kampung halaman meraikan bersama keluarga merupakan pengorbanan serta sokongan kepada usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata sambutan kali ini berbeza kerana lazimnya ia disambut dengan meriah setelah musim menuai sebagai tanda kesyukuran dapat menikmati hasil usaha tanaman padi dan kejayaan mengharungi cabaran dengan penuh ketabahan.

Katanya, biarpun berbeza amalan budaya dan tinggal berjauhan, namun sambutan perayaan itu tetap diraikan bersama masyarakat Malaysia sebagai cara untuk menghormati tradisi yang dipelihara sejak turun-temurun, dan diterjemahkan dalam konteks masyarakat berbilang budaya yang saling hormat-menghormati demi penyatupaduan nasional.

"Saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan Selamat Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua kepada semua yang menyambut perayaan ini," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan