COVID-19

Sibuk berzumba, 15 wanita dikompaun RM1,000 langgar PKPB

31/05/2020 10:18 AM

ALOR SETAR, 31 Mei  -- Seramai 15 wanita yang melakukan aktiviti zumba di sebuah premis di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata sepasukan anggota polis yang menjalankan tugas rondaan PKPB dan cegah jenayah membuat pemeriksaan di premis berkenaan pada 6.30 petang Jumaat. 

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kesemua wanita berumur antara 25 dan 50 tahun itu sedang menjalankan aktiviti zumba di dalam premis berkenaan dan gagal memberi penjelasan munasabah untuk berkumpul.

“Mereka telah melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)," katanya dalam kenyataan hari ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan